Muhammad Safwan Bin Abdul Shukor. Berumur 20 tahun dan berasal daripada Kedah. Safwan telah mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan bersama-sama dengan Team Walter Barbershop.

Pada mulanya, admin terkejut dengan tindakan safwan.

Tetapi safwan menyatakan bahawa keluarganya memberi sepenuh sokongan dan dorongan kerana minat yang mendalam terhadap dunia barbering ini. Safwan tidak pernah terfikir untuk minat dalam industri barbering. Tetapi oleh kerana beliau sering melihat salah sorang rakannya yang telah bersama-sama dengan Team Walter Barbershop selama setahun, beliau mula minat dan ingin capai impiannya untuk menjadi barber yang terkenal.

Admin tanya kepada Safwan, “awak rasa berbaloi tak masuk Walter College ni?”

“Sangat berbaloi. Sebab lepas masuk Walter College je, saya sedar yang Walter College ni bukan saja ubah seseorang yang tiada ilmu dalam barbering menjadi barber professional malah ia juga ubah saya untuk tetapkan matlamat dalam hidup” kata Safwan.

Safwan juga menyatakan pada mula beliau masuk Walter College, beliau terkejut tengok suasana di Walter Barbershop. Kata beliau, ini pertama kali beliau nampak kedai gunting rambut mempunyai Team pengurusan dan sebagainya.

Beliau sangat bersyukur kerana Walter Barbershop mempunyai Team Pengurusan iaitu Walter Empire dalam menguruskan segala hal mengenai barber dengan cara yang sistematik.

“Alhamdulillah, keluarga banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk saya capai impian saya. Mungkin satu hari nanti saya akan buka jenama barbershop saya sendiri”

Ketika admin datang untuk temu bual Safwan, admin nampak Safwan seorang yang peramah. Beliau menyambut setiap tetamu yang datang ke Walter Barbershop Putrajaya dengan senyuman dan sentiasa berborak pelanggan.

Oh baru admin nampak Safwan ni peramah rupanya.

Daftar Walter College di sini