Cerita Pelajar

Hari ini saya kongsikan sedikit pengalaman mengendalikan Walter College. Cerita ini berkenaan kisah 2 orang pelajar Batch ke 19 dari ‘Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras’

Syazwan (kiri sekali) berusia 15 dan Fahmi (Kanan sekali) berusia 16 tahun.
Mereka di hantar ke sini kerana mereka tidak lagi mahu belajar disekolah, setelah puas dipujuk oleh pengetua Pusat mereka tetap tidak mahu ke sekolah.

Oleh kerana sayangkan mereka berdua ini, Pengetua pusat mengambil inisiatif lain iaitu menghantar mereka ke Walter College bagi mengantikan sistem pembelajaran mereka dari akedemik ke kemahiran. Keputusan ini amat berat bagi pihak pusat jagaan tetapi ianya satu titik permulaan baru bagi mereka berdua.

Mereka mendaftar di Walter College pada 5 Ogos yang lalu dan tamat pada 5 oktober yang lalu. Mereka hanya belajar selama 2 bulan sahaja tetapi hasilnya sangat baik (Boleh Rujuk gambar hasil potongan mereka).
Selama 2 bulan pembelajaran mereka berdua bersungguh-sungguh memdalami ilmu gunting rambut.

Satu hari saya tanya mereka berdua “kenapa pergi sekolah tak nak belajar tetapi disini awak nak belajar”
mereka kata “saya bukan tak nak belajar tuan, tetapi langsung tak faham, kalau belajar kemahiran ni saya faham, sebab mudah untuk saya melihat dan meniru teknik”

Oh.. lama juga saya terfikir, memang ramai orang seperti ini, jangan paksa mereka, tunjukkan jalan keluar kepada mereka supaya mereka boleh berdikari diluar sana.

Seperkara lagi kedua-dua mereka sudah menerima surat tawaran dari Walter Barbershop 😎

Doakan usaha kami ya kawan-kawan!!