Muhammad Fahmi Bin Ashaari. Berumur 19 tahun dan asal daripada teluk intan, perak. Fahmi merupakan seorang remaja yang tidak mempunyai minat di dalam bidang barbering ini.

Fahmi menyatakan kepada admin bahawa pada mulanya beliau tidak tahu mengenai Walter College ini sehingga rakan beliau beritahu tentang kewujudan Walter College. Tetapi, oleh disebabkan beliau ingin mengubah masa depan beliau dan keluarga, Fahmi ambil keputusan untuk terus mendaftarkan diri di dalam Walter College

“Macam mana awak boleh tertarik nak masuk Walter College sedangkan awak tak minat?” tanya admin.

“Kerana saya nampak Walter College ini sebagai satu peluang. Saya mendaftarkan diri dan berjaya untuk ke sesi temuduga. Saya gementar untuk teruskan kerana tidak pernah keluar daripada kampung” jawab Fahmi.

Menurut Fahmi, beliau bersyukur kerana atas sokongan yang diberikan oleh keluarga, beliau bertekad untuk melangkah untuk melangkah keluar daripada zon selesa dan berniat mencari peluang rezeki untuk membantu keluarga di kampung.

Soalan biasa admin, “macam mana dengan seluruh Team Walter Barbershop. Mereka selalu bagi sokongan kat awak tak?”

Fahmi bersyukur kerana pandangan pertama beliau terhadap Walter Barbershop sangat berbeza dengan barbershop yang lain. “Seluruh team barber sangat rapat dan banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar antara satu sama lain. Begitu juga dengan team pengurusan. Mereka banyak membantu saya daripada hari pertama saya di sini hingga sekarang” ujar Fahmi.

Apabila ditanyakan tentang impian, sudah pasti setiap orang mempunyai satu impian yang hendak dicapai. Seperti Fahmi pula, beliau pada dahulunya tidak pernah terfikir untuk keluar kampung untuk mencari peluang pekerjaan tetapi kini beliau telah nampak impian beliau dan ingin barber yang berjaya menerpa nama di dalam dunia barbering.

“Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada Team Walter Barbershop” jawab Fahmi.