Ini Tuan Mamat atau nama sebenarnya Muhammad Rusydi . Beliau baru berusia 16 tahun. Berasal dari Kampung Belokok, Pontian. Beliau berhenti sekolah awal tahun lalu setelah itu ibunya terus menghantar beliau menyertai Walter College. Kini sudah 3 bulan Tuan Mamat bergelar Barber di Walter Barbershop.

Ketika tular di media sosial anak muda memukul ibunya. Tuan Mamat sedang sibuk membina kerjaya. Dengan gaji purata Rm2000 sebulan beliau sudah mula membuat kebaikan.

Beliau sudah mula hantarkan wang ke kampung bagi membantu ibunya yang kini seorang ibu tunggal semenjak ketiadaan ayahnya.

Ketika anak anak muda di luar sana masih asyik dengan ponteng sekolah, menghabiskan masa dengan ketawa sambil menunggang motorsikal.

Kami melihat sendiri peningkatan demi peningkatan Tuan Mamat dari awal hingga kini. Ternyata ianya menunjukkan hasil yang positif. Di Walter College kami ada kaedah khas bagaimana untuk membangunkan jiwa-jiwa muda ini.

Ketika masyarakat terus menghentam anak muda yang memukul ibunya, kami di sini terus sibuk dan fokus membangunkan anak-anak muda. Ianya terbukti apabila kami berjaya melahirkan hampir 200 orang anak muda yang kini sudah berkerjaya dalam tempoh 2 tahun ini.

Inilah solusinya kepada anak anak muda. Ini sumbangan kami kepada masyarakat di luar sana. Walter College adalah landasan terbaik bagi anak anak muda yang ingin mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.

Selain pendidikan akademik, kemahiran juga menjadi satu perkara penting di arus modernisasi ini. Pendidikan semata-mata tidak lagi mampu menjamin kehidupan yang semakin hari semakin mencabar.

Ayuh kita sebarkan. Mungkin bermanfaat buat ramai anak muda diluar sana. Yang dahagakan bimbingan tentang kehidupan. Kita suluhkan cahaya, dikala mereka kegelapan.

Bagi yang berminat untuk menyertai Walter College boleh terus hubungi Tuan Hasan di talian : ‭011 4042 7912‬

Atau layari laman sesawang ini : Walter College

Walter College Learn Barbering Skills.