fbpx

Pelajari Kemahiran Gunting Rambut Lelaki Dengan Teknik Yang Mudah Hanya Dalam Masa 60 Hari.

Walter College telah ditubuhkan pada 9 April 2016 bermula dengan Teknik Pembelajaran Memotong Rambut Lelaki Ketika itu Hanya 3 orang Pelajar yang menyertainya. Program ini di asaskan oleh Tuan Azri Walter bagi membantu mereka yang kurang berkebolehan dalam bidang akedemik untuk terus bersaing dalam membentuk arah tuju mereka di masa hadapan. 

Kini Walter College telah melahirkan hampir 150 tukang gunting rambut di seluruh pelusuk tanah air termasuk Sabah dan Sarawak, ada antara mereka yang kini telah menjadi Tukang Gunting Rambut yang terkenal, ada juga yang kini telah menguruskan kedai gunting rambut sendiri dan ada juga yang telah membuka lebih dari 2 cawangan kedai gunting rambutnya sendiri.

Program Latihan Kursus Gunting Rambut Walter Akedemi ini hanya mengambil masa selama 2 bulan sahaja dan mereka akan dilatih oleh Tenaga pengajar yang sangat mahir. Pembelajaran Bulan pertama berkenaan teori asas dan teknik asas mengenal fesyen rambut dan mengetahui teknik potongan yang betul dan tepat. Pada bulan ke 2 pembelajaran para pelajar akan didedahkan dengan keadaan sebenar di dalam kedai gunting rambut di mana mereka perlu menjalani latihan praktikal di Cawangan-Cawangan Walter Barbershop dan akan di pantau oleh Tukang Gunting yang lebih berpengalaman. Mereka juga akan diberi kunci penanda aras (KPI)  iaitu perlu memberi servis kepada 130 pelanggan dalam masa 1 bulan. Waktu pembelajaran pula Isnin hingga Jumaat bermula 10 pagi hingga 10 malam dan cuti pada setiap Sabtu dan Ahad.

Ramai yang beranggapan bahawa bidang gunting rambut ini memerlukan bakat yang kemahiran, sebenarnya tidak perlu, sebaliknya mereka yang berminat hanya perlu membuat latihan sebanyak mungkin kerana teknik gunting rambut ini adalah teknik kemahiran yang boleh dilatih dengan formula yang pantas dari kami dan hanya kami mampu melakukannya.

Para pelajar juga akan di bekalkan ilmu keusahawanan yang terbukti berkesan. Kami akan mengajar bukan sahaja bidang gunting rambut malah bagaimana menguruskan sesebuah kedai, memilih lokasi yang sesuai untuk memulakan perniagaan dan yang paling penting dengan modal yang rendah.

Pengisian Pembelajaran

  • Minggu Pertama
    • Mengenali peralatan dan fungsinya
      • Mesin ( mesin rambut, Outline Machine), Jenis attachment, gunting & sikat ( jenis – jenis sikat ), penjagaan & kebersihan peralatan.
      • Mengenali jenis & gaya rambut mengikut bentuk muka
      • Cutting Cape
      • Khidmat pelanggan
  • Minggu Kedua
    • Teknik penggunaan peralatan keatas rambut
      • Teknik memegang mesin
      • Teknik memegang gunting
      • Teknik memegang sikat
      • Teknik memegang semua peralatan dalam satu masa
      • Penjagaan & kebersihan peralatan
  • Minggu Ketiga
    • Posture badan barber & pelanggan
    • Pengenalan pisau cukur, pengering rambut & teknik penggunaan
      • Teknik mencukur
      • Teknik menggunakan pengering rambut
      • Kekemasan dan ketelitian
  • Minggu Keempat
    • Pra Praktikal
    • Pemasaran
    • Pengurusan
  • Minggu Kelima – Kelapan
    • Praktikal

Kelayakan

+ Berumur 18 – 30 tahun
+ Boleh berdikari
+ Mempunyai minat
+ Sihat tubuh badan

Kemudahan di Walter College

+ Penginapan
+ Pakaian
+ Peralatan pembelajaran
+ Wifi
+ Peluang kerjaya bersama Walter Barbershop
+ dan banyak lagi.

Yuran RM4999 (Termasuk Peralatan Lengkap Barber)

Hubungi
+ 011 – 4042 7912 (Hasanuddin) atau klik link ini Whatsapp

Untuk pendaftaran klik link ini pendaftaran

Pengambilan Pelajar Setiap Bulan, Kemasukkan Terhad Pada 40 Orang Sahaja!