Pelajari Kemahiran Gunting Rambut Lelaki Dengan Teknik Yang Mudah Hanya Dalam Masa 60 Hari.
Walter College telah ditubuhkan pada 9 April 2016 bermula dengan Teknik Pembelajaran Memotong Rambut Lelaki Ketika itu Hanya 3 orang Pelajar yang menyertainya. Program ini di asaskan oleh Tuan Azri Walter bagi membantu mereka yang kurang berkebolehan dalam bidang akedemik untuk terus bersaing dalam membentuk arah tuju mereka di masa hadapan.
Kini Walter College telah melahirkan hampir 150 tukang gunting rambut di seluruh pelusuk tanah air termasuk Sabah dan Sarawak, ada antara mereka yang kini telah menjadi Tukang Gunting Rambut yang terkenal, ada juga yang kini telah menguruskan kedai gunting rambut sendiri dan ada juga yang telah membuka lebih dari 2 cawangan kedai gunting rambutnya sendiri.
Program Latihan Kursus Gunting Rambut Walter Akedemi ini hanya mengambil masa selama 2 bulan sahaja dan mereka akan dilatih oleh Tenaga pengajar yang sangat mahir. Pembelajaran Bulan pertama berkenaan teori asas dan teknik asas mengenal fesyen rambut dan mengetahui teknik potongan yang betul dan tepat. Pada bulan ke 2 pembelajaran para pelajar akan didedahkan dengan keadaan sebenar di dalam kedai gunting rambut di mana mereka perlu menjalani latihan praktikal di Cawangan-Cawangan Walter Barbershop dan akan di pantau oleh Tukang Gunting yang lebih berpengalaman. Mereka juga akan diberi kunci penanda aras (KPI) iaitu perlu memberi servis kepada 130 pelanggan dalam masa 1 bulan. Waktu pembelajaran pula Isnin hingga Jumaat bermula 10 pagi hingga 10 malam dan cuti pada setiap Sabtu dan Ahad.
Ramai yang beranggapan bahawa bidang gunting rambut ini memerlukan bakat yang kemahiran, sebenarnya tidak perlu, sebaliknya mereka yang berminat hanya perlu membuat latihan sebanyak mungkin kerana teknik gunting rambut ini adalah teknik kemahiran yang boleh dilatih dengan formula yang pantas dari kami dan hanya kami mampu melakukannya.
Para pelajar juga akan di bekalkan ilmu keusahawanan yang terbukti berkesan. Kami akan mengajar bukan sahaja bidang gunting rambut malah bagaimana menguruskan sesebuah kedai, memilih lokasi yang sesuai untuk memulakan perniagaan dan yang paling penting dengan modal yang rendah.
Pengisian Pembelajaran
- Minggu Pertama
- Mengenali peralatan dan fungsinya
- Mesin ( mesin rambut, Outline Machine), Jenis attachment, gunting & sikat ( jenis – jenis sikat ), penjagaan & kebersihan peralatan.
- Mengenali jenis & gaya rambut mengikut bentuk muka
- Cutting Cape
- Khidmat pelanggan
- Mengenali peralatan dan fungsinya
- Minggu Kedua
- Teknik penggunaan peralatan keatas rambut
- Teknik memegang mesin
- Teknik memegang gunting
- Teknik memegang sikat
- Teknik memegang semua peralatan dalam satu masa
- Penjagaan & kebersihan peralatan
- Teknik penggunaan peralatan keatas rambut
- Minggu Ketiga
- Posture badan barber & pelanggan
- Pengenalan pisau cukur, pengering rambut & teknik penggunaan
- Teknik mencukur
- Teknik menggunakan pengering rambut
- Kekemasan dan ketelitian
- Minggu Keempat
- Pra Praktikal
- Pemasaran
- Pengurusan
- Minggu Kelima – Kelapan
- Praktikal
Kelayakan
+ Berumur 18 – 30 tahun
+ Boleh berdikari
+ Mempunyai minat
+ Sihat tubuh badan
Kemudahan di Walter College
+ Penginapan
+ Pakaian
+ Peralatan pembelajaran
+ Wifi
+ Peluang kerjaya bersama Walter Barbershop
+ dan banyak lagi.
Yuran RM4999 (Termasuk Peralatan Lengkap Barber)
Hubungi
+ 011 – 4042 7912 (Hasanuddin) atau klik link ini Whatsapp
Untuk pendaftaran klik link ini pendaftaran
Saya berminat. Dan tempat belanja di mana ya ? Saya stay di bangi
Hai. Terima kasih kerana berminat menjadi sebahagian daripada Walter College. Tempat belajar di Space U8, Shah Alam. Untuk maklumat lanjut, hubungi 01140427912..
yuran boleh bayar ansur2
boleh tuan.. boleh berhubung dengan bahagian pendaftaran Walter College untuk maklumat lanjut.. hubungi 01140427912
Ade part time courses ?
Sila hubungi/whatsapp 01140427912 untuk maklumat lanjut. Terima kasih..
Bang saya berminat, boleh tanya, ada sijil x bang
Hai. Terima kasih kerana berminat menjadi sebahagian daripada Walter College. Untuk maklumat lanjut, hubungi 01140427912..
Anak saya berminat untuk menyertai Kursus ini. Bagaimana saya boleh dapatkan butiran lanjut seperti Yuran dan sesi pengambilan pelajar baru?
Sila hubungi/whatsapp 01140427912 untuk maklumat lanjut. Terima kasih..
Hi saya ingin nak belajar cara mengunting rambut
Sila hubungi/whatsapp 01140427912 untuk maklumat lanjut. Terima kasih..
Hi, selain intake Februari, bila lagi ada?
Eric, Sarawak.
Hai. Terima kasih kerana berminat menjadi sebahagian daripada Walter College. Untuk maklumat lanjut, hubungi 01140427912..
Semasa kursus dijalankan asa elaun ke ataupun pada bulan kedua dimana kita menggunting rmbut cust adakah untungnya akan dibahagi jugk?
Sila hubungi/whatsapp 01140427912 untuk maklumat lanjut. Terima kasih..
Sy berminat utk hadir kursus. Sy berhajat utk buka kedai gunting bila bersara nt. Umur sy sudah 58 tahun. Ikut syarat kelayakan Umur kursus 18-30 thn. Jadi sy bolihkah masuk kursus.
Untuk maklumat lanjut, hubungi 01140427912..
assalam… kursus part time ada? saya masih bekerja….
Waalaikumussalam.. Untuk maklumat lanjut, hubungi 01140427912..
Ada kelas untuk pompuan tak
ada cik puan.. hubungi 01140427912 untuk maklumat lanjut..
Salam boss..boss sy brminat tk mnyrtai krsus boss.mcm mna mhu mohon boss.
Sila hubungi/whatsapp 01140427912 untuk maklumat lanjut. Terima kasih..
apa peralatan yang disediakan?
Sila hubungi/whatsapp 01140427912 untuk maklumat lanjut. Terima kasih..
Nak tanya intake bg tahun 2020 ni bila ya?
Sila hubungi/whatsapp 01140427912 untuk maklumat lanjut. Terima kasih..
Saya berminat..tapi tak boleh full time…part time ada
sila hubungi/whatsapp 01140427912 untuk maklumat lanjut.
Saya berminat
sila hubungi/whatsapp 01140427912